Friday, June 10, 2011

30 perkara perempuan tak sempat bagitahu lelaki ==

1 ) bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dlm hatinya.


2 ) bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3 ) wanita sukar untuk cari benda yang dia benci tentang orang yang dia sayang .


4 ) sekiranya wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5 ) bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat.


6 ) wanita memang suka kan pujian tetapi tidak tau mcm mana nak menerima pujian.


7 ) jika kamu tidak suka dengan gadis yg suka kan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dlm diri wanita yg kamu tak kan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8 ) sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika..sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9 ) wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa..muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10 ) jangan sesekali beritahu perempuan yang ni langsung tak berguna.


11 ) bersikap terlalu serius blh mematikan mood wanita.


12 ) bila pertama kali lelaki yg di cintainya dlm diam memberikan respon positif misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik saja meletakkan ganggang ,dia akan menjerit kesukaan.


13 ) sekuntun senyuman memberi seribu erti bagi wanita..jadi jangan senyum sembarangan !


14 ) jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan..kemudian biarkan dia mngenalimu dengan lebih mendalam.


15 ) jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak kluar,tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu.


16 ) tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17 ) jangan sesekali mengagak apa yang di rasakan.tanya dia sendiri.


18 ) selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa laki nie lebih awal.


19 ) kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat hati sorang,cubalah rajin2 kan tangan menyelak buku2 cinta.


20 ) bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yg di cari oleh wanita ialah siapa yg berdiri di sebelah buah hatinya ,kemudian barulah diri nya sendiri.


21 ) bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang di cintainya sekarang akan berada di tempat teristimewanya iaitu di hatinya.


22 ) satu ucapan HYE saja sudah cukup menceriakan hatinya.


23 ) teman baiknya saja akan tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24 ) wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dgn mereka semata-mata nak tackle kwn baik dia.


25 ) cinta bermaksud kesetiaan,ambil berat,jujur dan kebahagiaan tnpa sebarang kompromi.


26 ) semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.


27 ) senjata wanita adalah air mata.


28 ) wanita suka jika ssekali orang yg di syginya mengdakan surprise buatnya.


29 ) wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.


30 ) sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yg dia mahu hanyalah perasaan di cintai dan di sayangi sepenuh jiwa.